Monday, 21 October 2024

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dry itchy skin, diaper rash or eczema, the Najlaa' Baby Skincare Products are specially formulated with green and natural products to help nourish, soothe and protect baby's sensitive skin.



PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA: 

Di design khas untuk semua jenis kulit bayi, normal ataupun sensitif. Menggunakan Minyak Kelapa Dara, Herba asli, Extrak Gamat dan sebagainya. Pendekatan yang " Green and Natural from the Very Start and Baby Friendly". Produk Muslim dan Halal.


SERUM COLLAGEN
=========
*FUNGSI*
=========
💖 Penjagaan rapi kulit allergy dan eczema
💖 Mengecutkan jerawat
💖 Memudarkan jeragat
💖 Melembapkan kulit kering
💖 Merawat psoriasis
💖 Menghaluskan & melembapkan kulit
💖 Menghilangkan kedutan, anti penuaan
💖 Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar
=============
*CARA GUNA*
=============
Sapu pada kulit dan muka 2x sehari. Tak perlu guna banyak, dap dap dap sahaja dan sapu keseluruhan kulit dan muka



HERBAL OIL
==============
*KANDUNGAN* :
==============
Diperbuat dari herba asli seperti :
✅ Halia 
✅ Buah pala
✅ Serai wangi
✅ Dedaun herba                                                                                                                                  
✅ Minyak kayu putih dan pelbagai essential oil 

=============
*KEGUNAAN* :
=============
Perlindungan kepada bayi dari _TANGISAN BERPANJANGAN_ (sawan tangis)
Membantu merawat perut kembung & selsema
Digunakan untuk urutan bayi dan sengal-sengal badan
Menghangatkan badan bayi selepas mandi
Ubat tahan sakit, mengurangkan radang dan kesakitan
Menangani Morning sickness



ESSENCE RUB
==============
*KEGUNAAN* :
==============
1) Membantu masalah kaki pecah
2) Memulihkan mabuk dlm perjalanan
3) Membantu masalah demam selsema
4) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
5) Membantu masalah pernafasan
6) Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
7) Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
8) Meningkatkan konsentrasi, minda lebih segar
9) Mengurangkan rasa gatal gatal akibat allergy atau ruam
10) Melegakan sakit kepala
11) Mengurangkan tekanan dan kerisauan
12) Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
13) Mengurangkan bengkak dan benjol
14) Mereda gigitan dan sengatan serangga
15) Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



SOOTH CREAM (HERBAL)
==============
*KEGUNAAN* :
==============
Membantu menangani masalah ■ eczema ■ Ruam lampin ■ Gatal-gatal ■ Alahan kulit ■ Kudis ■ Panau ■ Kayap ■ Cagu 9 ■ Ruam chickenpox ■ HFMD ■ Kurap ■ Anti penuaan ■ Tumit Kaki pecah ■  Sunburn ■ Terbakar, Melecur ■ Terluka ■ Ketuat ■ Jeragat ■ Meningkatkan kolagen kulit ■ Melembap kulit kering

===========
*CARA GUNA* :
===========
Sapu kan dibahagian kulit bermasalah, sehingga menyerap ke dalam.
Kulit NORMAL boleh terus sapu herbal cream pada area kulit bermasalah
Kulit KERING, perlu lapiskan dahulu kulit dengan pelembao seperti Gel pelembap, minyak olive atau VCO, kemudian sapu herbal cream. Kekerapan sapuan mengikut keperluan pesakit. Sekurang-kurangnya 2x sehari



NOURISH LOTION
=========
*FUNGSI*:
=========
🍥 Untuk menjaga kesihatan, kelembapan dan kecantikkan kulit.
🍥 Bertindak dengan menganjalkan kulit secara semulajadi
🍥 Memudarkan parut serta cela, Memudarkan vericose vein & strecthmark
🍥 Menghalau nyamuk
🍥 Tinggi Vitamin E, menjadikan ia anti-penuaan berkuasa
============
*CARA GUNA*:
============
Sapu pada kulit selepas mandi 2x sehari. Guna bila perlu



NUTRIEN OIL
======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
✅ *Minyak Kelapa Dara* - pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit. Untuk rambut minyak kelapa dara menyerap kedalam folikel, menggalakkan pertumbuhan rambut serta anti kelemumur. Ia juga memelihara rambut dari "split end/breakage"
✅ *Vitamin A* - Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
✅ *Vitamin E*- Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
✅ *Sakura Extract*- Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
✅ *Minyak zaitun*- Minyak Zaitun kaya dengan biotin, niacin, Vitamin E dan D. Menjadikan ia Pelembap kulit semulajadi dan Membantu rambut tumbuh subur.
✅ *Minyak Argan*-Minyak argan merupakan minyak "emas" atau sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
✅ *Minyak Bunga Matahari*-Mengandungi Vit ABC dan E serta kalsium potassium dan Zat Besi. Menguatkan rambut dan mengelakkan keguguran serta menggalakkan pertumbuhan 
✅ *Minyak Biji Anggur*-Mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka

======================
*CARA GUNA*
======================
Sapukan pada kulit dan rambut.
Untuk penggunaan rambut sepanjang Hari:  👉 Sapukan pada rambut tanpa mengenai kulit kepala.
Untuk rawatan rambut :  👉 Sapukan minyak pada rambut sehingga kulit kepala. Urut-urut kepala dengan minyak. Biarkan 1-2jam. Cuci dengan shampoo



FRESH SOAP
======================
*FUNGSI FRESH SOAP*
======================
■ Untuk meningkatkan nilai kesihatan & kecantikkan diri
■ Sesuai untuk mandian si manja & pesakit kulit seperti ekzema, kudis, kulit kering
■ Sesuai juga untuk kulit muka/badan yang berjerawat & berparut
==============
*CARA GUNA*
==============
Untuk BAYI👉 Potong sebahagian sakura soap masukkan kedalam botol, tambah air. Goncang Biarkan larut. Guna untuk cuci kepala dan badan bayi. 2x sehari
Untuk DEWASA 👉 Sabunkan muka dan badan seperti sabun biasa. 2x sehari. Cuci muka sebelum tidur juga.



KUNYIT HITAM BALM
=============
*FUNGSI*
=============
Digunakan seperti pilis, disapu pada dahi wanita dalam pantang
Membantu mengurangkan symptom asthma
Melancarkan peredaran darah
Memulihkan mabuk dlm perjalanan
Membantu masalah demam selsema
Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
Bersifat anti rheumatiod. Membantu mengurangkan sakit sendi
Mengandungi herba bersifat Penahan sakit semulajadi yg berkesan
Bersifat anti mikroorganism. Membantu masalah jangkitan kulit
Membantu melegakan sakit kepala
Mengurangkan tekanan dan kerisauan
Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
Membantu mengurangkan bengkak dan benjol
Mereda gigitan dan sengatan serangga
Membantu mengurangkan masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



MULTI WASH (SHOWER BATH)
=============
*KEGUNAAN* :
=============
- Kulit kering
- Eczema - Allergik
- Cantikkan kulit
- Melembap dan melembutkan kulit secara semulajadi
======================
*CARA GUNA*
======================
- Guna untuk mandi 
- Boleh juga utk cuci muka
- Guna untuk cuci tangan kulit sensitif
1) Guna 3-5 titis sahaja untuk memandikan bayi.
2) Boleh digunakan sebagai sabun badan dan shampoo kepala.
3) Elakkan terkena mata





(Get  Products Najlaa Today for Your Precious One )

5 SEBAB HIDUP 'SINGLE' BAHAGIA

Umum memandang kehidupan Single sebagai bosan, kurang warna-warna kehidupan berbanding mereka yang berkahwin. Ada yang merasa bahagia berstatus single, tidak kurang pula yang merasa sebaliknya. Bagaimana menjalani kehidupan single yang lebih bermakna dan bahagia.


1) JIWA YANG BERSYUKUR

Untuk merasa bahagia kita memerlukan jiwa yang bersyukur. Atas sebab apakah kita perlu bersyukur berstatus single? Pertama, semakin banyak orang dalam hidup semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi. Seperti sebagai ibu-bapa mereka perlu membesarkan anak-anak dan memastikan mereka berjaya dalam hidup, yuran sekolah, yuran universiti. Kedua komitmen kepada pasangan, perlu meluangkan masa bersama, menyediakan nafkah kehidupan. Anda tidak perlu melakukan semua hal itu, hanya perlu menyayangi diri sendiri.

Jika anda berkahwin, juga memerluka jiwa yang bersyukur untuk bahagia. Kerana anda mempunyai pasangan yang selalu sayang dan menjaga anda. Mempunyai anak-anak penyeri hidup.

2) HOBI

Kehidupan single selalu disamakan dengan bosan, hanya kepada mereka yang tidak memiliki hobi. Pada pendapat saya Hobi adalah pengganti paling baik kepada pasangan. Oleh itu dalami minat dan hobi anda, serta jadikan ianya bermanfaat kepada diri sendiri dan orang ramai.

Contoh hobi anda membuat kek. Apakata mulakan perniagaan kek dekorasi tempahan online. Tak bosan, anda semakin creative, dapat duit.

3) HIDUP BERAGAMA

Masyarakat sebenarnya pandai membaca Al-Quran kerana diajar disekolah tetapi sangat sedikit yang memahami maksud kandungan Al-Quran , kerana mereka sibuk bekerja dan bekeluarga. Apakata anda yang single memenuhi waktu terluang dengan membaca tafsir, memahami maksudnya dan mula kongsikan ilmu-ilmu bermanfaat bersumberkan Al-Quran dengan orang ramai. Anda celik Al-Quran dan dapat pahala, serta hidup lebh soleh.

4) TRAVELLING

Travelling adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kita dapat belajar budaya baru, melihat tapak-tapak sejarah, menyaksikan panorama alam yang indah. Orang bekeluarga jarang sekali untuk travel, kerana anak-anak masih kecil bersekolah dan sebagainya.

5) MENIMBA ILMU

Orang yang memiliki ilmu lebih tinggi darjat kedudukkannya berbanding mereka yang tidak berilmu. Orang single mempunyai banyak masa lapang untuk menghadiri kursus-kursus pendek bagi menimba ilmu. Contohnya menghadiri kursus menjahit, memasak, pengucapan awam, penjagaan imej, penjagaan kereta dan sebagainya.

Sunday, 20 October 2024

SYUKUR DI ATAS KEHIDUPAN

Syukur adalah wujud perasaan berterima-kasih yang sesungguhnya dari hati akan sesuatu nikmat yang dianugerahkan, diberikan oleh Allah taala. Ia adalah satu manifestasi sikap merendah diri dan latihan menjauhkan diri daripada sifat sombong. 

Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa. Pahala ada 3, pahala didunia, pahala diakhirat dan pahala orang bersyukur. Oleh itu tinggi kedudukkan orang yang bersyukur.


CARA MENYATAKAN SYUKUR

1. Syukur Hati

Pengakuan dari hati atas segala nikmat dan rahmat Allah dan menyatakan terima kasih yang dapat dilihat dengan sikap yang merendah diri dan sikap sikap yang baik.

2. Syukur Lisan

Bersyukur dengan lisan, menyebut- nyebut nikmat- nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita dengan perasaan merendah diri, berterima kasih dan mengajak orang untuk turut mensyukuri nikmat Allah. 

3. Syukur Perbuatan

Menzahirkan syukur dengan perbuatan. Seperti memberi sedekah, menginfakkan harta, menggunakan rezeki dan nikmat yang Allah berikan untuk agama Allah, jihad fisabilillah. Berilah pinjaman yang baik kepada Allah.


CARA MEMBANGKITKAN RASA SYUKUR

Kadang-kadang kita tidak mengetahui kenapa perlu bersyukur. Itu wujudnya fahaman Atheis, yang tidak dapat melihat kebesaran Tuhan. Oleh itu mari kita bincangkan, sebab musabab yang membangkitkan rasa syukur.

1. Merenungkan Kebesaran Tuhan

Di dalam Al-Qur’an sering kali Tuhan menggugah hati manusia, bahwa ternyata banyak sekali nikmat yang dilimpahkan-Nya.

A) Perhatikan air tawar yang jernih, sejuk yang menhilangkan haus. Jika Allah menjadikan ia masin. Bagaimana?

B) Perhatikan Penglihatan, Pendengaran, dan Hati Nurani. Bagaimana ia dibentuk menjadi satu sistem yang sangat sempurna. Oleh itu mengapa tidak beriman dan bersyukur.

C) Allah mengeluarkan kita dari perut ibumu dalam keadaan lemah dan tidak tahu apa-apa, dan jika Allah membiarkan, tiada siapa untuk memberimu makan, menggerak dan membawamu. Oleh itu mengapa tidak bersyukur.

D)Lihatlah makanan, buah-buahan, dan binatang ternak yang kita makan. Siapa yang menciptakannya. Hendaklah kita bersyukur. Dan sebahagiannya berilah kepada fakir miskim

2.  Rasa Qana’ah

Perasaan selalu merasa cukup atas nikmat yang Allah berikan. Hal ini akan membuat kita selalu bersyukur kepada Allah SWT. 

3. Melalui Ibadah, Sujud Syukur dan Zikir

Salah satu cara untuk mengungkapkan rasa syukur adalah dengan melakukan sujud syukur. Zikir merupakan salah satu bentuk rasa syukur kepada Allah SWT. Ada beberapa zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah khusus mengungkapkan rasa syukur kita kepada Allah SWT.


BALASAN SYUKUR

1) Allah akan menambahkan lagi nikmatnya

2) Syukur dan Sabar bagai sahabat. Bila diuji dan kenanglah rasa nikmat Tuhan selama ini membuatkan kita bersyukur dan merasa ingin lebih bersabar diatas ujian. 

3) Memelihara dari Azab-Azab yang pedih. Sesungguhnya keluarga Luth telah diselamatkan oleh Allah dari angin yang membawa batu batu kerana mereka termasuk orang yang bersyukur.


Wednesday, 16 October 2024

MENJALANI KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA

Aktiviti kehidupan apakah yang penting kita sebagai manusia lakukan setiap hari. Ada yang bangun tidur dengan halatuju jelas, apakah aktiviti harian yang hendak dilakukan. Ada yang bangun dalam keadaan bingung, sambung tidur dan tidur lagi. Kerana kita tidak diajar bagaimana untuk hidup, apakah aktiviti-aktiviti harian yang penting. Oleh itu marilah kita memahami apakah kehidupan manusia sehari-hari:

1) BERIBADAH. 

Manusia tidak dicipta melainkan untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu aktiviti harian paling penting adalah untuk beribadah kepada Allah, antara ibadah yang penting adalah

-Solat 5 waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Yang dikerjakan seawal masuk waktu

-Membaca Al-Quran dan memahami maksudnya

-Berzikir mengingati Allah dan bertasbih kepada Nya yang biasa dilakukan setelah selesai solat.

2) BEKERJA. 

Pekerjaan mulia yang membawa amal bakti kepada masyarakat dikira sebagai amalan mulia kebaikkan dan kebajikkan. Contohnya perniagaan, cikgu, polis, pensyarah, menteri dan sebagainya.

3) AKTIVITI HARIAN.  

Iaitu sebarang kerja laku yang menyokong kehidupan anda. Contohnya:

- Mengemas rumah 1) Bilik tidur 2) Ruang Tamu 3) Dapur 

- Membersih rumah 1) Cuci Tandas 2) Mop Lantai 3) Sapu sampah 4) Buang Sampah 5) Basuh Pakaian 6) Basuh Pinggan mangkuk

- Melipat pakaian 

- Memasak

- Mengemas laman rumah

4) MENJAGA KECANTIKKAN DAN KEBERSIHAN DIRI. 

- Mandi

- Berus gigi

- Cuci Muka 

- Bersenam. Penting untuk menjaga berat badan dan menguatkan otot

5) MELIHAT KEBESARAN TUHAN. 

Dalam Al-Quran Allah berfirman hamba-hambanya yang beriman mereka menyaksikan kebesaran Allah atau mengingati Nya dalam keadaan dududk, baring atau mengiring. Dalam bahasa modern ada yang menyamakan dengan meditasi. Digalakkan kepada semua manusia untuk melihat apa yang telah diciptakan Allah pada alam ini seperti melihat Langit, Awan, Tumbuh-tumbuhan, Laut, Gunung Ganang dan sebagainya.


Tuesday, 15 October 2024

APAKAH IBADAH KHAS DAN UMUM ?

APAKAH AMAL KEBAIKKAN ?
APAKAH AMAL KEBAJIKKAN ?
APAKAH AMAL SOLEH ?


Didalam kita menjalani kehidupan ini adakah kita pernah bertanya Apakah Tujuan Hidup. Tujuan Hidup sebenarnya adalah untuk Beribadah kepada ALLAH. Ibadah terbahagi kepada dua 1) Ibadah Khas 2) Ibadah Umum.

IBADAH KHAS Hanyalah untuk Allah. Seperti:

1) Solat 5 waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya

2) Baca Al-Quran setiap hari, contoh 2 muka surat sehari

3) Zikir dan bertasbih kepada Allah pagi petang dan malam. Ayat Zikir Lailahaillah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

4) Bayar zakat 

5) Istifar. Memohon Ampun kepada Allah sebelum waktu subuh


IBADAH UMUM kerana Allah, untuk kebaikkan diri sendiri dan membantu menyelesaikan masalah orang ramai.

1) AMAL KEBAIKKAN: segala amal yang membawa kebaikkan seperti pekerjaan yang bermanfaat cth Cikgu, Doktor, Polis. 

2) AMAL KEBAJIKKAN: segala amal yang bermanfaat untuk kehidupan sendiri atau orang lain cth menyediakan rumah, kereta, simpanan, makanan, pakaian untuk diri sendiri atau keluarga atau menginfakkan harta, sedekah, kerja-kerja kebajikkan.

3) AMAL SOLEH :  segala amal ibadah yang dilakukan secara berterusan adalah amal soleh.



Saturday, 5 October 2024

APAKAH ERTI HIDUP ?

Erti Hidup mengandungi 2 perkataan iaitu Erti dan Hidup. Erti bermaksud Makna, manakala Hidup bermaksud benda bernyawa dan bergerak. Didefinisikan sebagai pemaknaan kehidupan seorang manusia.

Ada ahli falsafah berfikiran, erti hidup adalah untuk mencari kesenangan kehidupan dunia, ada yang berpendapat erti hidup adalah dengan mengakhiri penderitaan kehidupan dunia. Namun apakah maksud sebenar “pemaknaan kehidupan seorang manusia”

"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan". (Al-Baqarah 2:86)

Pada pendapat saya, Erti Hidup seorang manusia, haruslah bergantung kepada persoalan, Mengapa dia telah dilahirkan ke dunia? Dalam Al-Quran ada menerangkan “Tidaklah Allah menciptakan Jinn dan Manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah”. (Az-Zariayt 56)

Oleh itu tunggak utama dalam kehidupan manusia adalah untuk beribadah. Terdapat dua bentuk ibadah

1) IBADAH KHUSUS: meliputi solat 5 waktu, membaca dan memahami Al-Quran, solat malam, berzikir dan bertasbih mengingati Allah dan mengamalkan ajaran Al-Quran.

2) IBADAH UMUM: iaitu dengan melakukan Amal Kebaikkan (apa Sahaja pekerjaan yang membawa kebaikkan kepada diri sendiri dan kepada manusia lain), Amal Kebajikkan (apa Sahaja kerja kebajikkan kepada diri sendiri dan orang lain), serta Amal Soleh seperti berdakwah.

Oleh itu dalam menjalani kehidupan dengan erti hidup yang sebenarnya, seseorang itu hendaklah mempunyai rutin kehidupan beribadah solat 5 waktu kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran serta amal ibadah lain yang terkandung dalam Al-Quran serta melakukan pekerjaan mulia seperti menjadi seorang doctor, guru, usahawan dan sebagainya.

APAKAH HARTA VS ASAS ? RANCANG MASA DEPAN

Didalam menjalani kehidupan kita perlu mengenal Apakah keperluan dan Apakah Harta.

Keperluan, adalah sesuatu yang kita bergantung hidup kepadanya. Seperti Rumah Tempat Tinggal, Makanan, Pakaian, Kenderaan, Agama dan Wang Ringgit. Keperluan Asas ini wajib ada supaya kita dapat berfungsi sempurna sebagai manusia.

Manakala Harta, adalah lebihan barang-barang berharga yang kita miliki setelah keperluan Asas tadi, rumah kedua, kereta kedua, barangan kemas dan sebagainya. Oleh itu setiap manusia, haruslah bekerja keras sejak usia muda untuk mencapai sekurang kurangnya keperluan Asas, kerana ia wajib ada.

APAKAH RANCANGAN MASA DEPAN ANDA?

Masa depan haruslah dirancang rapi oleh setiap orang. Perkara paling penting: 1) agama dan ibadah, 2) pendidikkan, 3) keperluan asas. 

1) Agama dan Ibadah. Sebagai seorang yang hidup beragama hendaklah kita menetapkan solat 5 waktu setiap hari, membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah, solat malam. 

2) Hendaklah kita tahu ilmu dan pendidikkan adalah penting untuk menjamin masa depan yang lebih baik, tidak sama darjat orang berilmu dengan orang yang tidak berpengetahuan.

3) Merancang bagaimana mencapai keperluan Asas, adanya Rumah tempat tinggal, Kenderaan, Pakaian, Pekerjaan dan Wang Ringgit. Dimana hendak tinggal? Design rumah yang baik. Jenis kenderaan dengan kriteria baik, Pekerjaan yang halal, Simpanan.

4) Setelah mencapai semua keperluan Asas diatas, maka barulah kita memikirkan tentang HARTA, ada orang suka mengumpul tanah kebun, barangan kemas dan sebagainya.


MEMAHAMI MANUSIA

MEMAHAMI MANUSIA

Manusia adalah kejadian yang sempurna apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang sempurna. Dengan memahami manusia kita dapat mengenali diri sendiri.


KEPERLUAN

Manusia secara semulajadinya dapat berkembang menuju kesempurnaan kendiri. Berikut adalah keperluan penting manusia untuk berkembang.

1) KEPERLUAN ASAS

Setiap manusia butuhkan keperluan asas untuk hidup iaitu Makan, Minum, Pakaian, Tempat Tinggal dan Beragama Oleh itu, mengatakan Dunia tidak penting berbanding Akhirat, setepatnya manusia selagi keperluan asas ini tidak dipenuhi, dia tidak akan dapat menumpukan pada hal yang lain. 

2) KEPERLUAN KESELAMATAN

Setelah keperluan asas tadi, manusia memerlukan jaminan keselamatan untuk memenuhi kestabilan keperluan asas tadi. Iaitu pekerjaan bagi memenuhi makan minumnya serta didikkan agama bagi keperluan bathinnya. Secara fitrah manusia mencari Tuhan.

3) KEPERLUAN SOSIAL

Manusia berienteraksi sesama manusia. Oleh itu kita memerlukan hubungan baik seperti komunikasi yang berkesan, berkasih sayang, nasihat menasihati, muamalah, aktiviti masyarakat, budaya dan sebgainya. Manusia juga memerlukan belaian. Contoh berjumpa dan berjabat tangan sambil menepuk bahu. Mendengar dengan penuh perhatian simpati dan empati. Dihargai melalui ucapan Tahniah Terima Kasih dan pemberian seperti hadiah, kad ucapan, Saling memberi pandangan, nasihat, sokongan dan motivasi.

4) KESEMPURNAAN DAN PEMBANGUNAN DIRI

Manusia suka untuk mencapai kesempurnaan, oleh itu dia merasa lebih yakin diri dan meningkatkan harga diri. Ini mendorong manusia lebih bermotivasi, berusaha menjadi lebih baik, mencetus inspirasi, membuat tranformasi yang dapat mengubah masyarakat mahupun dunia menjadi lebih baik.


PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dr...