Erti Hidup mengandungi 2 perkataan iaitu Erti dan Hidup. Erti bermaksud Makna, manakala Hidup bermaksud benda bernyawa dan bergerak. Didefinisikan sebagai pemaknaan kehidupan seorang manusia.
Ada ahli
falsafah berfikiran, erti hidup adalah untuk mencari kesenangan kehidupan dunia,
ada yang berpendapat erti hidup adalah dengan mengakhiri penderitaan kehidupan
dunia. Namun apakah maksud sebenar “pemaknaan kehidupan seorang manusia”
"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan
dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang
membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab
seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan
pertolongan". (Al-Baqarah 2:86)
Pada pendapat saya, Erti Hidup seorang manusia, haruslah
bergantung kepada persoalan, Mengapa dia telah dilahirkan ke dunia? Dalam
Al-Quran ada menerangkan “Tidaklah Allah menciptakan Jinn dan Manusia melainkan
untuk beribadah kepada Allah”. (Az-Zariayt 56)
Oleh itu tunggak utama dalam kehidupan manusia adalah untuk
beribadah. Terdapat dua bentuk ibadah
1) IBADAH KHUSUS: meliputi solat 5 waktu, membaca dan
memahami Al-Quran, solat malam, berzikir dan bertasbih mengingati Allah dan
mengamalkan ajaran Al-Quran.
2) IBADAH UMUM: iaitu dengan melakukan Amal Kebaikkan (apa Sahaja
pekerjaan yang membawa kebaikkan kepada diri sendiri dan kepada manusia lain), Amal
Kebajikkan (apa Sahaja kerja kebajikkan kepada diri sendiri dan orang lain),
serta Amal Soleh seperti berdakwah.
Oleh itu dalam menjalani kehidupan dengan erti hidup yang
sebenarnya, seseorang itu hendaklah mempunyai rutin kehidupan beribadah solat 5
waktu kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran serta amal ibadah lain yang
terkandung dalam Al-Quran serta melakukan pekerjaan mulia seperti menjadi
seorang doctor, guru, usahawan dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment