Monday, 21 October 2024

5 SEBAB HIDUP 'SINGLE' BAHAGIA

Umum memandang kehidupan Single sebagai bosan, kurang warna-warna kehidupan berbanding mereka yang berkahwin. Ada yang merasa bahagia berstatus single, tidak kurang pula yang merasa sebaliknya. Bagaimana menjalani kehidupan single yang lebih bermakna dan bahagia.


1) JIWA YANG BERSYUKUR

Untuk merasa bahagia kita memerlukan jiwa yang bersyukur. Atas sebab apakah kita perlu bersyukur berstatus single? Pertama, semakin banyak orang dalam hidup semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi. Seperti sebagai ibu-bapa mereka perlu membesarkan anak-anak dan memastikan mereka berjaya dalam hidup, yuran sekolah, yuran universiti. Kedua komitmen kepada pasangan, perlu meluangkan masa bersama, menyediakan nafkah kehidupan. Anda tidak perlu melakukan semua hal itu, hanya perlu menyayangi diri sendiri.

Jika anda berkahwin, juga memerluka jiwa yang bersyukur untuk bahagia. Kerana anda mempunyai pasangan yang selalu sayang dan menjaga anda. Mempunyai anak-anak penyeri hidup.

2) HOBI

Kehidupan single selalu disamakan dengan bosan, hanya kepada mereka yang tidak memiliki hobi. Pada pendapat saya Hobi adalah pengganti paling baik kepada pasangan. Oleh itu dalami minat dan hobi anda, serta jadikan ianya bermanfaat kepada diri sendiri dan orang ramai.

Contoh hobi anda membuat kek. Apakata mulakan perniagaan kek dekorasi tempahan online. Tak bosan, anda semakin creative, dapat duit.

3) HIDUP BERAGAMA

Masyarakat sebenarnya pandai membaca Al-Quran kerana diajar disekolah tetapi sangat sedikit yang memahami maksud kandungan Al-Quran , kerana mereka sibuk bekerja dan bekeluarga. Apakata anda yang single memenuhi waktu terluang dengan membaca tafsir, memahami maksudnya dan mula kongsikan ilmu-ilmu bermanfaat bersumberkan Al-Quran dengan orang ramai. Anda celik Al-Quran dan dapat pahala, serta hidup lebh soleh.

4) TRAVELLING

Travelling adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kita dapat belajar budaya baru, melihat tapak-tapak sejarah, menyaksikan panorama alam yang indah. Orang bekeluarga jarang sekali untuk travel, kerana anak-anak masih kecil bersekolah dan sebagainya.

5) MENIMBA ILMU

Orang yang memiliki ilmu lebih tinggi darjat kedudukkannya berbanding mereka yang tidak berilmu. Orang single mempunyai banyak masa lapang untuk menghadiri kursus-kursus pendek bagi menimba ilmu. Contohnya menghadiri kursus menjahit, memasak, pengucapan awam, penjagaan imej, penjagaan kereta dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dr...