Saturday, 5 October 2024

APAKAH HARTA VS ASAS ? RANCANG MASA DEPAN

Didalam menjalani kehidupan kita perlu mengenal Apakah keperluan dan Apakah Harta.

Keperluan, adalah sesuatu yang kita bergantung hidup kepadanya. Seperti Rumah Tempat Tinggal, Makanan, Pakaian, Kenderaan, Agama dan Wang Ringgit. Keperluan Asas ini wajib ada supaya kita dapat berfungsi sempurna sebagai manusia.

Manakala Harta, adalah lebihan barang-barang berharga yang kita miliki setelah keperluan Asas tadi, rumah kedua, kereta kedua, barangan kemas dan sebagainya. Oleh itu setiap manusia, haruslah bekerja keras sejak usia muda untuk mencapai sekurang kurangnya keperluan Asas, kerana ia wajib ada.

APAKAH RANCANGAN MASA DEPAN ANDA?

Masa depan haruslah dirancang rapi oleh setiap orang. Perkara paling penting: 1) agama dan ibadah, 2) pendidikkan, 3) keperluan asas. 

1) Agama dan Ibadah. Sebagai seorang yang hidup beragama hendaklah kita menetapkan solat 5 waktu setiap hari, membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah, solat malam. 

2) Hendaklah kita tahu ilmu dan pendidikkan adalah penting untuk menjamin masa depan yang lebih baik, tidak sama darjat orang berilmu dengan orang yang tidak berpengetahuan.

3) Merancang bagaimana mencapai keperluan Asas, adanya Rumah tempat tinggal, Kenderaan, Pakaian, Pekerjaan dan Wang Ringgit. Dimana hendak tinggal? Design rumah yang baik. Jenis kenderaan dengan kriteria baik, Pekerjaan yang halal, Simpanan.

4) Setelah mencapai semua keperluan Asas diatas, maka barulah kita memikirkan tentang HARTA, ada orang suka mengumpul tanah kebun, barangan kemas dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dr...