Saturday, 5 October 2024

MEMAHAMI MANUSIA

MEMAHAMI MANUSIA

Manusia adalah kejadian yang sempurna apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang sempurna. Dengan memahami manusia kita dapat mengenali diri sendiri.


KEPERLUAN

Manusia secara semulajadinya dapat berkembang menuju kesempurnaan kendiri. Berikut adalah keperluan penting manusia untuk berkembang.

1) KEPERLUAN ASAS

Setiap manusia butuhkan keperluan asas untuk hidup iaitu Makan, Minum, Pakaian, Tempat Tinggal dan Beragama Oleh itu, mengatakan Dunia tidak penting berbanding Akhirat, setepatnya manusia selagi keperluan asas ini tidak dipenuhi, dia tidak akan dapat menumpukan pada hal yang lain. 

2) KEPERLUAN KESELAMATAN

Setelah keperluan asas tadi, manusia memerlukan jaminan keselamatan untuk memenuhi kestabilan keperluan asas tadi. Iaitu pekerjaan bagi memenuhi makan minumnya serta didikkan agama bagi keperluan bathinnya. Secara fitrah manusia mencari Tuhan.

3) KEPERLUAN SOSIAL

Manusia berienteraksi sesama manusia. Oleh itu kita memerlukan hubungan baik seperti komunikasi yang berkesan, berkasih sayang, nasihat menasihati, muamalah, aktiviti masyarakat, budaya dan sebgainya. Manusia juga memerlukan belaian. Contoh berjumpa dan berjabat tangan sambil menepuk bahu. Mendengar dengan penuh perhatian simpati dan empati. Dihargai melalui ucapan Tahniah Terima Kasih dan pemberian seperti hadiah, kad ucapan, Saling memberi pandangan, nasihat, sokongan dan motivasi.

4) KESEMPURNAAN DAN PEMBANGUNAN DIRI

Manusia suka untuk mencapai kesempurnaan, oleh itu dia merasa lebih yakin diri dan meningkatkan harga diri. Ini mendorong manusia lebih bermotivasi, berusaha menjadi lebih baik, mencetus inspirasi, membuat tranformasi yang dapat mengubah masyarakat mahupun dunia menjadi lebih baik.


No comments:

Post a Comment

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dr...