Wednesday, 16 October 2024

MENJALANI KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA

Aktiviti kehidupan apakah yang penting kita sebagai manusia lakukan setiap hari. Ada yang bangun tidur dengan halatuju jelas, apakah aktiviti harian yang hendak dilakukan. Ada yang bangun dalam keadaan bingung, sambung tidur dan tidur lagi. Kerana kita tidak diajar bagaimana untuk hidup, apakah aktiviti-aktiviti harian yang penting. Oleh itu marilah kita memahami apakah kehidupan manusia sehari-hari:

1) BERIBADAH. 

Manusia tidak dicipta melainkan untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu aktiviti harian paling penting adalah untuk beribadah kepada Allah, antara ibadah yang penting adalah

-Solat 5 waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Yang dikerjakan seawal masuk waktu

-Membaca Al-Quran dan memahami maksudnya

-Berzikir mengingati Allah dan bertasbih kepada Nya yang biasa dilakukan setelah selesai solat.

2) BEKERJA. 

Pekerjaan mulia yang membawa amal bakti kepada masyarakat dikira sebagai amalan mulia kebaikkan dan kebajikkan. Contohnya perniagaan, cikgu, polis, pensyarah, menteri dan sebagainya.

3) AKTIVITI HARIAN.  

Iaitu sebarang kerja laku yang menyokong kehidupan anda. Contohnya:

- Mengemas rumah 1) Bilik tidur 2) Ruang Tamu 3) Dapur 

- Membersih rumah 1) Cuci Tandas 2) Mop Lantai 3) Sapu sampah 4) Buang Sampah 5) Basuh Pakaian 6) Basuh Pinggan mangkuk

- Melipat pakaian 

- Memasak

- Mengemas laman rumah

4) MENJAGA KECANTIKKAN DAN KEBERSIHAN DIRI. 

- Mandi

- Berus gigi

- Cuci Muka 

- Bersenam. Penting untuk menjaga berat badan dan menguatkan otot

5) MELIHAT KEBESARAN TUHAN. 

Dalam Al-Quran Allah berfirman hamba-hambanya yang beriman mereka menyaksikan kebesaran Allah atau mengingati Nya dalam keadaan dududk, baring atau mengiring. Dalam bahasa modern ada yang menyamakan dengan meditasi. Digalakkan kepada semua manusia untuk melihat apa yang telah diciptakan Allah pada alam ini seperti melihat Langit, Awan, Tumbuh-tumbuhan, Laut, Gunung Ganang dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dr...